99 Asmaul Husna


Friday 28 September 2012

AKU YANG BERDOSA...


Sejauh mana langkah ku di sana
aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
masih ku angkuh padamu

segalanya dusta
gelap menggaburi ku

Ya Allah, 

apa yang bisa
ku tebus kepadamu
atas dosaku


Ya Allah
 ku hina terasa
biar ku bersujud 
untuk ke syurgamu

* dipetik daripada nyanyian Shahir AF8*










Wednesday 26 September 2012

MAAFKANKU.....

Assalamulaikum...terdetik pula dihati ini mahu luahkan rasa isi hati....

Maafkanku wahai sahabat,
andai diri ini banyak menyusahkanmu.
Maafkanku wahai sahabat,
sekiranya kesalahanku banyak padamu,
Maafkanku wahai sahabat,
sesungguhnya hati ini sedih penuh dengan kesalahan kepadamu,
Maafkanku wahai sahabat,
kerana aku hanya seorang manusia biasa....
maafkanku sahabat......

Thursday 13 September 2012

4 PERKARA MENURUT PETUA IMAM SYAFIE...


Assalamualaikum....
Ha kali ini saya mahu berkongsi perkara-perkara menurut petua Imam Syafie....Ilmu ini saya berkongsi daripada sahabat facebook saya iaitu 
Tengku Faris Tg Khalid....Mari sama-sama kita baca....











Empat perkara menguatkan badan :

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan :

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata :

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata :

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama'




Banyak sungguh petua-petua yang diberikan oleh ulama' kita.Moga-moga kita dapat mengamalkan bersama-sama.....AMIN......



Monday 10 September 2012

CINTAKU KERANA ALLAH S.W.T

Assalamualaikum....
Kali ini saya mahu berkongsi satu rasa yang ada dalam diri semua manusia iaitu rasa CINTA dan KASIH SAYANG.Cinta ada apa dengan cinta ? Erm..mungkin ramai yang tahu ada apa dengan perasaan cinta .Pada pendapat saya,cinta merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang Allah S.W.T berikan kepada diri seseorang.Cinta merupakan tunjang kasih sayang diantara ibu bapa,suami isteri,keluarga,para sahabat dan semua yang berkaitan.Cinta yang disemai rasa kasih dan sayang mampu menjadikan seseorang itu lebih penyanyang dan berhati mulia.Cinta yang berlandaskan syariat akan mendapat redha Allah S.W.T.Saya amat tertarik dengan penceramah novelis Islamic Ustazah Fatimah Syarha yang membahaskan tentang cinta.Berikut adalah beberapa persoalan yang diajukan kepadanya ketika beliau memberi ceramah di UTM yang saay tonton di youtube.

APAKAH KEKUATAN YANG PERLU ADA KEPADA MUSLIMAH UNTUK MENGHALANG CINTA SEBELUM BERKAHWIN @ MENDINDING DIRI DARI GODAAN LELAKI ?


KEKUATAN FAHAM –

faham tentang makna cinta sebenar dalam Islam..Rujuk kepada para ulama tentang definisi cinta..bukan rujuk filem , lagu , drama korea..Bertanya sesuatu kepada ajnabi ( perkara sia sia ) hanyalah alasan untuk memulakan hubungan.
Hadis ; Allah lebih sayangkan hambaNya melebihi seorang ibu yang menyayangi anak kecilnya
KEKUATAN IKHLAS – 

Ikhlas niat kerana Allah swt dalam semua perkara yang dibuat..Simple formula : Jika sesuatu perkara tidak dilakukan dengan ikhlas , maka kita akan buat sesuatu kerja dengan tidak fokus , kemudian kita tidak akan ada kekuatan untuk mengingati perkara itu.
KEKUATAN MUJAHADAH – 

Mujahadah melawan nafsu dengan membaca AlQuran setiap hari , rajin bangun solat malam

BAGAIMANA SEORANG MUSLIMAH HENDAK MENILAI CALON PASANGAN YANG TERBAIK UNTUK DIRINYA ?
Dalam Islam , perlu dijaga batasan sebelum berkahwin..Dalam Islam juga ada konsep merisik..Jadi , tempoh merisik adalah tempoh yang terbaik untuk mengenali pasangan..Tak perlu couple..Insyaallah setiap orang akan dikurniakan pasangan yang sekufu dengannya..Jika dia seorang yang menjaga batas batas syariah sepanjang zaman bujangnya , maka akan dikurniakan juga pasangan yang sama sama menjaga syariah.

Menarik bukan cara beliau menyampaikan ceramah  dan menjawab soalan ? Erm disini say juga selitkan ceramah Dr.Farhan Hadi,suami kepada beliau yang juga seorang novelis Islamik.


Dr. Farhan Hadi :
BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK SESEORANG MRNCARI PASANGAN @ PERLUKAH DIA HANYA MENUNGGU JODOH ?
Jodoh atau pasangan perlu dicari..Langkahnya :
Perlu siapkan diri menjadi yang soleh / solehah
Bentuk jati diri menjadi Muslim yang terbaik
Masa untuk bertindak : berbeza mengikut kondisi seseorang



APAKAH KESAN BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?
Tak bercinta sebelum kahwin —> Tiada maksiat hati , perbuatan , dapat jaga keberkatan selepas berkahwin..Melahirkan rasa mawaddah , sakinah dan rahmah bersama pasangan

 APAKAH HUKUM BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?
Kata Prof Syeikh Yusof Al Qardawi – saya tidak memuji cinta sebelum berkahwin , kerana ia bahaya dan boleh mengundang syahwat…
Kata Syeikh Muhd Sani – Perbuatan cinta sebelum berkahwin tidak dibenarkan dalam Islam


EXTRA : CARA UNTUK APPROACH pasangan yang berkenan di hati :
  • Direct kepada walinya
  • Gunakan orang tengah..Orang tengah kemudian akan bertindak untuk menyampaikan hajat kepada wanita / lelaki tersebut
  • Wali kepada wanita offerkan anak perempuannya
  • Wanita gunakan orang tengah untuk merisik lelaki
  • Lelaki gunakan orang berpengaruh sebagai orang tengah
  • Gunakan pemimpin untuk tolong carikan calon yang sesuai
  • ” Dalam cinta tiada paksaan , yang ada hanya cadangan :) ”
Moga - moga kita boleh fahami apa itu cinta....

dipetik daripada blog : http://aizuddin.com/cafe-cinta-ustazah-fatimah-syarha-dr-farhan-hadi/

Friday 7 September 2012

JUJUR KU KATAKAN...

Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin berbicara soal kejujuran.Dimana letaknya kejujuran seseorang itu adalah dari hatinya sendiri.Hati yang ditanam dengan sifat kejujuran adalah hati yang sangat mulia pada pandangan manusia.Selari dengan hati yang jujur,perbuatan jujur juga dapat membersihkan hati kita daripada perkara-perkara yang tidak elok.Namun ada sesetengah manusia tidak menunjukkan sifat jujur malah suka mengamalkan penipuan,tidak kira samada dalam urusan jual beli, urusan syarikat,ujian dan sebagainya.Sifat seperti ini adalah sifat mazmumah yang tidak elok diamalkan oleh kita sebagai seorang Muslim.Perlu dingat bahawa ALLAH S.W.T Maha Melihat.Dia melihat semua apa yang dilakukan oleh kita diatas muka bumi ini.Oleh itu,kita harus mengubah sikap penipuan yang selama ini diamalkan oleh kita sendiri kepada sifat jujur yang mana ALLAH S.W.T sangat suka.Jadi bersama-samalah kita mengamalkan sikap jujur supaya berkat yang ALLAH S.W.T berikan kepada kita tidak hilang begitu sahaja.WALLAHUALAM....

Saturday 1 September 2012

SEINDAH IMAN MUTIARA

Assalamualaikum...
Alhamduillah kita masih lagi dapat menghirup udara segar,melihat indahnya ciptaan Allah S.W.T Yang Maha Agung.Segala nikmat yang dikurniakan olehNya masih lagi kita dapat menikmati dan iman dihati masih lagi kekal mengingati Sang Pencipta yang Maha Bijaksana.Iman yang kental ini bukanlah mudah untuk didapati dan tidak mudah untuk menjaganya.Hati yang keras akan mudah menjadi lembut sekiranya ada iman didalam hati yang dijaga dengan baik.Iman meliputi pelbagai aspek dari segi rohaniah,batiniah mahupun jasmani.Ia akan bekerlipan seperti mutiara jika dijaga dengan sepenuh hati.

Iman bermaksud membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna.


Rukun Iman bagi orang Islam ada 6 perkara iaitu :-
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada malaikat
  3. Percaya kepada kitab
  4. Percaya kepada nabi dan rasul
  5. Percaya kepada hari akhirat
  6. Percaya kepada qada dan qadar

Sesungguhnya iman merupakan sesuatu yang sangat berharga dan kita perlu menjaganya agar iman kita sentiasa terpelihara.