99 Asmaul Husna


Friday 28 December 2012

PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU



ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Mari kita sama-sama kita baca hadis petikan daripada facebook fanpage 
Islam Itu Indah

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah

 (1) terlalu banyak seronok
 (2) terlalu mewah,
 (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, 
 (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 
 (5) saling memarahi, 
 (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

                                                                                       (H.R. Hakim)

Keterangan

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

Saturday 27 October 2012

KEINDAHAN PERHIASAN JARI

Assalamulaikum...
Cincin merupakan perhiasan bagi wanita yang sangat unik.juga mempunyai pelbagai bentuk dan jenis-jenis cincin yang dijual.Berikut adalah cara pemakaian oleh  Rasulullah Sallahu'alihiwassalam :

Rasulullah saw memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat.
Daripada Anas bin Malek Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini.( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri).                                                                                                                           Hadith Riwayat Muslim 

Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata : Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu).

                                                                                                                           Hadith riwatat Muslim,
 Abu Daud At-Tirmizi dan An-NasaiTidak dijelaskan secara terperinci mengenai cincin Rasullah s.a.w. samadamengandubgi batu ataupun tidak.Walau bagaimanapun kaum lelaki harusmemakai cincin perak yang mengandungi batu ataupun tidak.






   











Friday 12 October 2012

KELEBIHAN MEMEBACA SURAH AL-KAHFI DI HARI JUMAAT


Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh....
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

INSYA-ALLAH marilah sama-sama kita baca surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat :)






Friday 28 September 2012

AKU YANG BERDOSA...


Sejauh mana langkah ku di sana
aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
masih ku angkuh padamu

segalanya dusta
gelap menggaburi ku

Ya Allah, 

apa yang bisa
ku tebus kepadamu
atas dosaku


Ya Allah
 ku hina terasa
biar ku bersujud 
untuk ke syurgamu

* dipetik daripada nyanyian Shahir AF8*










Wednesday 26 September 2012

MAAFKANKU.....

Assalamulaikum...terdetik pula dihati ini mahu luahkan rasa isi hati....

Maafkanku wahai sahabat,
andai diri ini banyak menyusahkanmu.
Maafkanku wahai sahabat,
sekiranya kesalahanku banyak padamu,
Maafkanku wahai sahabat,
sesungguhnya hati ini sedih penuh dengan kesalahan kepadamu,
Maafkanku wahai sahabat,
kerana aku hanya seorang manusia biasa....
maafkanku sahabat......

Thursday 13 September 2012

4 PERKARA MENURUT PETUA IMAM SYAFIE...


Assalamualaikum....
Ha kali ini saya mahu berkongsi perkara-perkara menurut petua Imam Syafie....Ilmu ini saya berkongsi daripada sahabat facebook saya iaitu 
Tengku Faris Tg Khalid....Mari sama-sama kita baca....











Empat perkara menguatkan badan :

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan :

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata :

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata :

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama'




Banyak sungguh petua-petua yang diberikan oleh ulama' kita.Moga-moga kita dapat mengamalkan bersama-sama.....AMIN......



Monday 10 September 2012

CINTAKU KERANA ALLAH S.W.T

Assalamualaikum....
Kali ini saya mahu berkongsi satu rasa yang ada dalam diri semua manusia iaitu rasa CINTA dan KASIH SAYANG.Cinta ada apa dengan cinta ? Erm..mungkin ramai yang tahu ada apa dengan perasaan cinta .Pada pendapat saya,cinta merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang Allah S.W.T berikan kepada diri seseorang.Cinta merupakan tunjang kasih sayang diantara ibu bapa,suami isteri,keluarga,para sahabat dan semua yang berkaitan.Cinta yang disemai rasa kasih dan sayang mampu menjadikan seseorang itu lebih penyanyang dan berhati mulia.Cinta yang berlandaskan syariat akan mendapat redha Allah S.W.T.Saya amat tertarik dengan penceramah novelis Islamic Ustazah Fatimah Syarha yang membahaskan tentang cinta.Berikut adalah beberapa persoalan yang diajukan kepadanya ketika beliau memberi ceramah di UTM yang saay tonton di youtube.

APAKAH KEKUATAN YANG PERLU ADA KEPADA MUSLIMAH UNTUK MENGHALANG CINTA SEBELUM BERKAHWIN @ MENDINDING DIRI DARI GODAAN LELAKI ?


KEKUATAN FAHAM –

faham tentang makna cinta sebenar dalam Islam..Rujuk kepada para ulama tentang definisi cinta..bukan rujuk filem , lagu , drama korea..Bertanya sesuatu kepada ajnabi ( perkara sia sia ) hanyalah alasan untuk memulakan hubungan.
Hadis ; Allah lebih sayangkan hambaNya melebihi seorang ibu yang menyayangi anak kecilnya
KEKUATAN IKHLAS – 

Ikhlas niat kerana Allah swt dalam semua perkara yang dibuat..Simple formula : Jika sesuatu perkara tidak dilakukan dengan ikhlas , maka kita akan buat sesuatu kerja dengan tidak fokus , kemudian kita tidak akan ada kekuatan untuk mengingati perkara itu.
KEKUATAN MUJAHADAH – 

Mujahadah melawan nafsu dengan membaca AlQuran setiap hari , rajin bangun solat malam

BAGAIMANA SEORANG MUSLIMAH HENDAK MENILAI CALON PASANGAN YANG TERBAIK UNTUK DIRINYA ?
Dalam Islam , perlu dijaga batasan sebelum berkahwin..Dalam Islam juga ada konsep merisik..Jadi , tempoh merisik adalah tempoh yang terbaik untuk mengenali pasangan..Tak perlu couple..Insyaallah setiap orang akan dikurniakan pasangan yang sekufu dengannya..Jika dia seorang yang menjaga batas batas syariah sepanjang zaman bujangnya , maka akan dikurniakan juga pasangan yang sama sama menjaga syariah.

Menarik bukan cara beliau menyampaikan ceramah  dan menjawab soalan ? Erm disini say juga selitkan ceramah Dr.Farhan Hadi,suami kepada beliau yang juga seorang novelis Islamik.


Dr. Farhan Hadi :
BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK SESEORANG MRNCARI PASANGAN @ PERLUKAH DIA HANYA MENUNGGU JODOH ?
Jodoh atau pasangan perlu dicari..Langkahnya :
Perlu siapkan diri menjadi yang soleh / solehah
Bentuk jati diri menjadi Muslim yang terbaik
Masa untuk bertindak : berbeza mengikut kondisi seseorang



APAKAH KESAN BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?
Tak bercinta sebelum kahwin —> Tiada maksiat hati , perbuatan , dapat jaga keberkatan selepas berkahwin..Melahirkan rasa mawaddah , sakinah dan rahmah bersama pasangan

 APAKAH HUKUM BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?
Kata Prof Syeikh Yusof Al Qardawi – saya tidak memuji cinta sebelum berkahwin , kerana ia bahaya dan boleh mengundang syahwat…
Kata Syeikh Muhd Sani – Perbuatan cinta sebelum berkahwin tidak dibenarkan dalam Islam


EXTRA : CARA UNTUK APPROACH pasangan yang berkenan di hati :
  • Direct kepada walinya
  • Gunakan orang tengah..Orang tengah kemudian akan bertindak untuk menyampaikan hajat kepada wanita / lelaki tersebut
  • Wali kepada wanita offerkan anak perempuannya
  • Wanita gunakan orang tengah untuk merisik lelaki
  • Lelaki gunakan orang berpengaruh sebagai orang tengah
  • Gunakan pemimpin untuk tolong carikan calon yang sesuai
  • ” Dalam cinta tiada paksaan , yang ada hanya cadangan :) ”
Moga - moga kita boleh fahami apa itu cinta....

dipetik daripada blog : http://aizuddin.com/cafe-cinta-ustazah-fatimah-syarha-dr-farhan-hadi/

Friday 7 September 2012

JUJUR KU KATAKAN...

Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin berbicara soal kejujuran.Dimana letaknya kejujuran seseorang itu adalah dari hatinya sendiri.Hati yang ditanam dengan sifat kejujuran adalah hati yang sangat mulia pada pandangan manusia.Selari dengan hati yang jujur,perbuatan jujur juga dapat membersihkan hati kita daripada perkara-perkara yang tidak elok.Namun ada sesetengah manusia tidak menunjukkan sifat jujur malah suka mengamalkan penipuan,tidak kira samada dalam urusan jual beli, urusan syarikat,ujian dan sebagainya.Sifat seperti ini adalah sifat mazmumah yang tidak elok diamalkan oleh kita sebagai seorang Muslim.Perlu dingat bahawa ALLAH S.W.T Maha Melihat.Dia melihat semua apa yang dilakukan oleh kita diatas muka bumi ini.Oleh itu,kita harus mengubah sikap penipuan yang selama ini diamalkan oleh kita sendiri kepada sifat jujur yang mana ALLAH S.W.T sangat suka.Jadi bersama-samalah kita mengamalkan sikap jujur supaya berkat yang ALLAH S.W.T berikan kepada kita tidak hilang begitu sahaja.WALLAHUALAM....

Saturday 1 September 2012

SEINDAH IMAN MUTIARA

Assalamualaikum...
Alhamduillah kita masih lagi dapat menghirup udara segar,melihat indahnya ciptaan Allah S.W.T Yang Maha Agung.Segala nikmat yang dikurniakan olehNya masih lagi kita dapat menikmati dan iman dihati masih lagi kekal mengingati Sang Pencipta yang Maha Bijaksana.Iman yang kental ini bukanlah mudah untuk didapati dan tidak mudah untuk menjaganya.Hati yang keras akan mudah menjadi lembut sekiranya ada iman didalam hati yang dijaga dengan baik.Iman meliputi pelbagai aspek dari segi rohaniah,batiniah mahupun jasmani.Ia akan bekerlipan seperti mutiara jika dijaga dengan sepenuh hati.

Iman bermaksud membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna.


Rukun Iman bagi orang Islam ada 6 perkara iaitu :-
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada malaikat
  3. Percaya kepada kitab
  4. Percaya kepada nabi dan rasul
  5. Percaya kepada hari akhirat
  6. Percaya kepada qada dan qadar

Sesungguhnya iman merupakan sesuatu yang sangat berharga dan kita perlu menjaganya agar iman kita sentiasa terpelihara.

Saturday 25 August 2012

CINTA SUCI ZAHRANA....


Assalamualaikum,..

Sekali lagi novel Islamik karya Habiburrahman El-Shirazy diangkat menjadi filem.Filem ketiga kali ini mempamerkan para pelakon Indonesia yang popular iaitu Meyda Sefira, Kholidi Asadil Alam, Miller, Citra Kirana, dan Faradhina.

Mari kita baca sinopsisnya....

Filem ini mengisahkan salah satu pensyarah perempuan berprestasi, yang punya nama Dewi Zahrana. Umumnya dipanggil Zahrana ataupun Rana. Beliau pensyarah arsirektur pada Universiti Mangunkarsa, Labuan. Semua jerih payah serta prestasi membanggakan Zahrana sedikitpun tak membikin kedua orang tuanya bangga, lebih-lebih ayahnya. Ayah Zahrana, Pak Munajat, mengatakan bahawa dirinya tak lagi memerlukan sederetan piagam penghargaan antarabangsa yang berasal dari anak semata wayangnya namun melihat Zahrana bersanding pada pelaminan serta dapat segera menimang cucu.
Zahrana menjumpai masalah pelik, pada saat salah satu lelaki setengah baya yang punya nama H. Sukarman, M.Sc. dekan Fakulti Teknik dan Arsitektur Universiti Mangunkarsa Labuan, yang tidak lain merupakan atasan Zahrana sendiri, datang buat menyuntingnya. Pak Karman berstatus duda, genit dan suka main perempuan.
Rupanya tidak mudah bagi Zahrana menolaknya lamaran tersebut, walaupun memakai segala alasan keburukan yang dipunyai Pak Karman. Lebih lagi jikalau kedua ibubapa Zahrana dijanjikan bakal dihajikan sama Pak Karman apabila pernikahan tersebut jadi dilangsungkan. Namun Zahrana tegas bersikap. Walaupun dirinya telah dianggap perawan tua, tak bererti asal berkahwin. Cacat moral Pak Karman membuatnya menolak lamaran atasannya tersebut. Penolakan lamaran tersebut rupanya berbuntut panjang.
Penolakan Zahrana sama keluarnya Zahrana dari Universiti Mangunkarsa membikin sakit Pak Munajat makin parah. Hingga suatu hari, Lina, teman Zahrana meminta Zahrana buat meminta bantuan terhadap Kyai Amir Shadiq, Pengasuh Pesantren. Sama Sang Kyai Zahrana dijodohkan sama pemuda penjual keropok yang soleh dengan nama Rahmad. Zahrana menerima Rahmad walaupun latar belakang pendidikannya jauh lebih rendah dari Zahrana. Tapi saat akad nikah telah di depan mata, Rahmad meninggal dengan cara tragis.
Bagaimanakah akhir cerita Zahrana? Apakah Zahrana berjaya bangkit dari gegaran jiwanya? Apakah dia akhirnya bakal menemui jodohnya? Siapakah dia? Bagaimanakah akhir cerita perempuan berprestasi yang telat berkahwin dengan nama Zahrana ini?
Saksikan cerita lengkapnya yang mengharukan dan menggugah jiwa dalam filem yang dibesut oleh Sinemart Picture yang diangkat dari novel best seller karya Habiburrahman El Shirazy, berjudul: Cinta Suci Zahrana. Dilakonkan oleh Meyda Sefira, Kholidi Asadil Alam, Miller Khan dan Citra Kirana
Sebuah filem yang cuba menggugah kesedaran penontonnya untuk membuat keseimbangan dalam hidup. Menyeimbangkan antara kerjaya akademik dan kerjaya membina rumah tangga yang sentausa. Menyeimbangkan antara ilmu pengetahuan dan cinta.


Rasa nak tengok pulak citer nie..tp baru keluar ceritanya...tak apa nanti bolehlah download citernyer kat youtube..huhuhu


Meyda Sefira  


Sunday 5 August 2012

SHEIKH ABDUL KARIM AL-MAKKI

Assalamualaikum wahai sahabatku yang dirahmati Allah S.W.T. Kali ini saya ingin berkongsi kisah tentang seorang ulama' Melayu yang sangat saya kagumi...Sebenarnya saya baru sahaja mengetahui tentangnya dari Majalah Solusi terbitan tahun 2012...mari sama-sama kita baca tentang beliau :)

Sewaktu berusia 14 tahun , dia pernah menjadi Imam terawih di sebuah masjid di Toif , Mekah . Berkebolehan meniru lebih 15 suara bacaan ayat suci al-Quran , termasuk Sheikh Maasyari al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy . Qari kepada diRaja Arab Saudi , jawatan yang belum pernah ( ketika itu ) disandang oleh orang Melayu . Pengiktirafan keatas bangsa melayu secara keseluruhan nya . Siapakah lelaki yang dimaksudkan ? itulah ; Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki , 29 Mac 1979 yang lahir dan dibesarkan di Kota Suci Makkah al-Mukaramah , Arab Saudi .Tidak pernah lupa dengan asal usulnya yang mempunya kacukan darah Melayu di Malaysia dan Thailand .

Pendidikan :

Mendapat bimbingan agama dari ayahanda , sehingga mampu khatam al-quran beberapa kali sewaktu diusia muda . Seusia 8 tahun , Sheikh Abdul Karim sering mengikut ayahnya mempelajari dan mendalami talaqqi dan tahfiz al-Quran di Masjid al-Haram . Melanjutkan pelajarannya di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif , Mekah . Belajar di sekolah pondok di Pattani dan Thanawi di Maahad Darul Maarif , Thailand . Mempunyai diploma jurusan Syariah , Maahad 'Ali Li al-Dirasat al-Islamiyyah wal 'Arabiyyah ( MADIWA ) , Perak . Seusai tamat pembelajarannya dalam jurusan syariat Islam di Universtiti al-Azhar di Mesir , beliau mendapat tawaran biasiswa melanjutkan sarjana muda nya di Universiti King Saud , Arab Saudi dalam jurusan Pendidikan Tafsir dan Hadis . Sheikh Abdul Rahman Abdul Azizi al-Sudais , Imam besar Masjid al-Haram ketika membuat kunjungan ke Kuala Lumpur , Sheikh Abdul Karim memperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran dihadapan as-Sudais .Tertarik dengan bacaan nya itu , as-Sudais memberikan anugerah kepada Sheikh Abdul Karim sebagai as-Sudais kedua di Malaysia .As-Sudais juga , pernah menawarkan Sheikh Abdul Karim menjadi imam di masjid al-Haram .
 sumber : http://abuqawliy18.blogspot.com/2011/11/syeikh-abdul-karim-omar-al-fatani-al.html

Wednesday 1 August 2012

BICARA CINTA

Perkara yang paling manis ialah ketika dua orang saling rindu namun tidak berkomunikasi tetapi kedua-duanya saling mendoakan didalam sujud masing-masing ... 

dipetik daripada
# Hazrizal Abdul Jamil
kolum Bicara Cinta Majalah -i 2012


Sungguh indah cinta seperti ini.
Mudah-mudahan Allah S.W.T memberkati cinta seperti ini.
Bahagia dunia dan akhirat...AMIN...

Tuesday 31 July 2012

BERBAHAGIALAH KAMU....

berbahagialah orang yang berpuasa kerana Allah s.w.t..
berbahagialah mereka ketika berbuka..
berbahagilah mereka ketika menunaikan solat terawih..
berbahagialah mereka ketika membaca Al-Quran...
dan berbahagialah mereka di akhirat sana nanti...

SUBAHANALLAH.....


Wednesday 25 July 2012

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Salam  Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam...semoga Ramadhan kali ini menguatkan lagi iman kita dan ibadah yang kita jalankan diterima Allah S.W.T....


Ramadhan kembali lagi,

Semua umat Islam menanti,

Bulan yang mulia lagi berpahala,

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini

menjadikan kita umat Islam yang bertaqwa 

kepada yang Maha Esa.... 



Friday 15 June 2012

PENGHUJUNG JALAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN

  • banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini..
  • segala apa yang dilakukan pasti diperhatikan oleh Nya..
  • hidup tanpa diberkati oleh Maha Pencipta iaitu ALLAH S.W.T pasti tidak akan tenteram..
  • oleh itu selalulah mengingatiNya kerana Dialah yang paling berkuasa diatas segala-galanya...

Monday 4 June 2012

BERATNYA UJIANKU KALI INI....

mcm2 masalah yg b'laku sepanjang aku dok kat poli nie...
dugaan ni berat bgku...
namun aku harus tempuhinya dgn tabah....
Ya ALLAH bantulah aku hadapi ujianmu ini dgn sabar..amin...

Sunday 18 March 2012

THANKZ ALLAH !!

Alhamdulillah Allah S.W.T permudahkan segala urusan aku dalam menyelesaikan segala masalah yang aku hadapi...bermula dengan kad bank Islam tak boleh buka,assignment dan segala-galanya.Subhanallah,Maha Suci Allah....tiada yang hebat selain daripada-NYA...

THANK YOU ALLAH !!! 

Sunday 11 March 2012

SUDAH LAMA TAK UPDATE BLOG,...


da lme x update blog....agak lme....
erm byk citer nk diceritakan nie....
da dua minggu aku kat poli ada macam2 aktiviti kamsis aku wat...
x larat da nk ikot...yang paling best RUN FOR LIFE ngan PUTARPUTAR DOT COM....
ah byk sgt....x larat nk citer....

Sunday 5 February 2012

FIRST TIME PROCESS AYAM SECARA TRADISIONAL..


nak citer nie first time aku cabut bulu ayam..haha


nie plak ayam yg telah aku bogelkan huhu



KENANGAN DI SEKOLAH....




Inilah budak- budak kelas aku...kelas nie gile-gile skit terutamanya aspura...gedik giler..haha...yang paling penting kitaoranglah satu-satunya dak aliran teknik yang tinggal kat SM.TEKNIK KERIAN yg indah uh (bluerk !!! huhu ) nie x cukup lg dua orang...





  1. SITI SARAH
  2. MOHD ZULKIFLI @ PENYET
  3. NUR ADILAH
  4. NORSHAHIDAH FAZREEN
  5. NUR SYABIRAH
  6. NURUL EZZATIE 
  7. WAN MOHD.ASRI @ JOKEY
  8. NURUL JANNAH
  9. NURSYAMIMI
  10. NOR HASHIMAH
  11. NURIZATUL ANIS
  12. MOHD.SYAZWAN FAWWAZ
  13. AZWANI
  14. FATIN SYAZWANI
  15. NABILA
  16. NURUL DIYANA
  17. MOHD.SYAZWAN @ WAN KITE
  18. NOR ASRATUL
  19. NURUL HIDAYU
  20. NURHASZATUL HUSNA

GURU KELAS > PUAN NURMAZMAH RAHIMI BT AHMAD MAZAKI
ajar kita orang English
guru paling sporting

Dua Hari Sebelum Raya

hari nie aku nak pegi shopping baju raya...haha kitaorang janji nak pegi kol 8.30 pg tapi ada yang tido lagi sekarang ( 8.00 pg) aku pun bwu nak edit aku punyer blog...so hari ini kami 7 beradik perempuan dan kakak ipar aku pegi shopping beramai-ramai haha lupe lak mak aku pun join sekali...lagi 2 hari saja aku boleh solat terawih...k ak nak gi bukak fb abg ipar aku...kakak aku suh..k tunggu....

KENALI DIRIKU

Abdul Aziz bin harun + Rahmah binti ngah kahar
1) ahmad adzhar + maihasnah
2) azirah + mohd.zulhaimi (mohd.yassir,nur najihah,nur nadrah)
3) ahmad azwawi
4) ahmad azrul + fiza ( ain najwa,ain najlah manisa )
5) ahmad azril  + norma
6) azmilah + mohd.fairus
7) azlina + zamhanif ( nurzulaikha P
8) azawiah
9) azawahiyah
10) azaniyatun adawiyah
11) AZWANI