99 Asmaul Husna


Saturday 25 August 2012

CINTA SUCI ZAHRANA....


Assalamualaikum,..

Sekali lagi novel Islamik karya Habiburrahman El-Shirazy diangkat menjadi filem.Filem ketiga kali ini mempamerkan para pelakon Indonesia yang popular iaitu Meyda Sefira, Kholidi Asadil Alam, Miller, Citra Kirana, dan Faradhina.

Mari kita baca sinopsisnya....

Filem ini mengisahkan salah satu pensyarah perempuan berprestasi, yang punya nama Dewi Zahrana. Umumnya dipanggil Zahrana ataupun Rana. Beliau pensyarah arsirektur pada Universiti Mangunkarsa, Labuan. Semua jerih payah serta prestasi membanggakan Zahrana sedikitpun tak membikin kedua orang tuanya bangga, lebih-lebih ayahnya. Ayah Zahrana, Pak Munajat, mengatakan bahawa dirinya tak lagi memerlukan sederetan piagam penghargaan antarabangsa yang berasal dari anak semata wayangnya namun melihat Zahrana bersanding pada pelaminan serta dapat segera menimang cucu.
Zahrana menjumpai masalah pelik, pada saat salah satu lelaki setengah baya yang punya nama H. Sukarman, M.Sc. dekan Fakulti Teknik dan Arsitektur Universiti Mangunkarsa Labuan, yang tidak lain merupakan atasan Zahrana sendiri, datang buat menyuntingnya. Pak Karman berstatus duda, genit dan suka main perempuan.
Rupanya tidak mudah bagi Zahrana menolaknya lamaran tersebut, walaupun memakai segala alasan keburukan yang dipunyai Pak Karman. Lebih lagi jikalau kedua ibubapa Zahrana dijanjikan bakal dihajikan sama Pak Karman apabila pernikahan tersebut jadi dilangsungkan. Namun Zahrana tegas bersikap. Walaupun dirinya telah dianggap perawan tua, tak bererti asal berkahwin. Cacat moral Pak Karman membuatnya menolak lamaran atasannya tersebut. Penolakan lamaran tersebut rupanya berbuntut panjang.
Penolakan Zahrana sama keluarnya Zahrana dari Universiti Mangunkarsa membikin sakit Pak Munajat makin parah. Hingga suatu hari, Lina, teman Zahrana meminta Zahrana buat meminta bantuan terhadap Kyai Amir Shadiq, Pengasuh Pesantren. Sama Sang Kyai Zahrana dijodohkan sama pemuda penjual keropok yang soleh dengan nama Rahmad. Zahrana menerima Rahmad walaupun latar belakang pendidikannya jauh lebih rendah dari Zahrana. Tapi saat akad nikah telah di depan mata, Rahmad meninggal dengan cara tragis.
Bagaimanakah akhir cerita Zahrana? Apakah Zahrana berjaya bangkit dari gegaran jiwanya? Apakah dia akhirnya bakal menemui jodohnya? Siapakah dia? Bagaimanakah akhir cerita perempuan berprestasi yang telat berkahwin dengan nama Zahrana ini?
Saksikan cerita lengkapnya yang mengharukan dan menggugah jiwa dalam filem yang dibesut oleh Sinemart Picture yang diangkat dari novel best seller karya Habiburrahman El Shirazy, berjudul: Cinta Suci Zahrana. Dilakonkan oleh Meyda Sefira, Kholidi Asadil Alam, Miller Khan dan Citra Kirana
Sebuah filem yang cuba menggugah kesedaran penontonnya untuk membuat keseimbangan dalam hidup. Menyeimbangkan antara kerjaya akademik dan kerjaya membina rumah tangga yang sentausa. Menyeimbangkan antara ilmu pengetahuan dan cinta.


Rasa nak tengok pulak citer nie..tp baru keluar ceritanya...tak apa nanti bolehlah download citernyer kat youtube..huhuhu


Meyda Sefira  


No comments:

Post a Comment