99 Asmaul Husna


Saturday 25 August 2012

CINTA SUCI ZAHRANA....


Assalamualaikum,..

Sekali lagi novel Islamik karya Habiburrahman El-Shirazy diangkat menjadi filem.Filem ketiga kali ini mempamerkan para pelakon Indonesia yang popular iaitu Meyda Sefira, Kholidi Asadil Alam, Miller, Citra Kirana, dan Faradhina.

Mari kita baca sinopsisnya....

Filem ini mengisahkan salah satu pensyarah perempuan berprestasi, yang punya nama Dewi Zahrana. Umumnya dipanggil Zahrana ataupun Rana. Beliau pensyarah arsirektur pada Universiti Mangunkarsa, Labuan. Semua jerih payah serta prestasi membanggakan Zahrana sedikitpun tak membikin kedua orang tuanya bangga, lebih-lebih ayahnya. Ayah Zahrana, Pak Munajat, mengatakan bahawa dirinya tak lagi memerlukan sederetan piagam penghargaan antarabangsa yang berasal dari anak semata wayangnya namun melihat Zahrana bersanding pada pelaminan serta dapat segera menimang cucu.
Zahrana menjumpai masalah pelik, pada saat salah satu lelaki setengah baya yang punya nama H. Sukarman, M.Sc. dekan Fakulti Teknik dan Arsitektur Universiti Mangunkarsa Labuan, yang tidak lain merupakan atasan Zahrana sendiri, datang buat menyuntingnya. Pak Karman berstatus duda, genit dan suka main perempuan.
Rupanya tidak mudah bagi Zahrana menolaknya lamaran tersebut, walaupun memakai segala alasan keburukan yang dipunyai Pak Karman. Lebih lagi jikalau kedua ibubapa Zahrana dijanjikan bakal dihajikan sama Pak Karman apabila pernikahan tersebut jadi dilangsungkan. Namun Zahrana tegas bersikap. Walaupun dirinya telah dianggap perawan tua, tak bererti asal berkahwin. Cacat moral Pak Karman membuatnya menolak lamaran atasannya tersebut. Penolakan lamaran tersebut rupanya berbuntut panjang.
Penolakan Zahrana sama keluarnya Zahrana dari Universiti Mangunkarsa membikin sakit Pak Munajat makin parah. Hingga suatu hari, Lina, teman Zahrana meminta Zahrana buat meminta bantuan terhadap Kyai Amir Shadiq, Pengasuh Pesantren. Sama Sang Kyai Zahrana dijodohkan sama pemuda penjual keropok yang soleh dengan nama Rahmad. Zahrana menerima Rahmad walaupun latar belakang pendidikannya jauh lebih rendah dari Zahrana. Tapi saat akad nikah telah di depan mata, Rahmad meninggal dengan cara tragis.
Bagaimanakah akhir cerita Zahrana? Apakah Zahrana berjaya bangkit dari gegaran jiwanya? Apakah dia akhirnya bakal menemui jodohnya? Siapakah dia? Bagaimanakah akhir cerita perempuan berprestasi yang telat berkahwin dengan nama Zahrana ini?
Saksikan cerita lengkapnya yang mengharukan dan menggugah jiwa dalam filem yang dibesut oleh Sinemart Picture yang diangkat dari novel best seller karya Habiburrahman El Shirazy, berjudul: Cinta Suci Zahrana. Dilakonkan oleh Meyda Sefira, Kholidi Asadil Alam, Miller Khan dan Citra Kirana
Sebuah filem yang cuba menggugah kesedaran penontonnya untuk membuat keseimbangan dalam hidup. Menyeimbangkan antara kerjaya akademik dan kerjaya membina rumah tangga yang sentausa. Menyeimbangkan antara ilmu pengetahuan dan cinta.


Rasa nak tengok pulak citer nie..tp baru keluar ceritanya...tak apa nanti bolehlah download citernyer kat youtube..huhuhu


Meyda Sefira  


Sunday 5 August 2012

SHEIKH ABDUL KARIM AL-MAKKI

Assalamualaikum wahai sahabatku yang dirahmati Allah S.W.T. Kali ini saya ingin berkongsi kisah tentang seorang ulama' Melayu yang sangat saya kagumi...Sebenarnya saya baru sahaja mengetahui tentangnya dari Majalah Solusi terbitan tahun 2012...mari sama-sama kita baca tentang beliau :)

Sewaktu berusia 14 tahun , dia pernah menjadi Imam terawih di sebuah masjid di Toif , Mekah . Berkebolehan meniru lebih 15 suara bacaan ayat suci al-Quran , termasuk Sheikh Maasyari al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy . Qari kepada diRaja Arab Saudi , jawatan yang belum pernah ( ketika itu ) disandang oleh orang Melayu . Pengiktirafan keatas bangsa melayu secara keseluruhan nya . Siapakah lelaki yang dimaksudkan ? itulah ; Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki , 29 Mac 1979 yang lahir dan dibesarkan di Kota Suci Makkah al-Mukaramah , Arab Saudi .Tidak pernah lupa dengan asal usulnya yang mempunya kacukan darah Melayu di Malaysia dan Thailand .

Pendidikan :

Mendapat bimbingan agama dari ayahanda , sehingga mampu khatam al-quran beberapa kali sewaktu diusia muda . Seusia 8 tahun , Sheikh Abdul Karim sering mengikut ayahnya mempelajari dan mendalami talaqqi dan tahfiz al-Quran di Masjid al-Haram . Melanjutkan pelajarannya di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif , Mekah . Belajar di sekolah pondok di Pattani dan Thanawi di Maahad Darul Maarif , Thailand . Mempunyai diploma jurusan Syariah , Maahad 'Ali Li al-Dirasat al-Islamiyyah wal 'Arabiyyah ( MADIWA ) , Perak . Seusai tamat pembelajarannya dalam jurusan syariat Islam di Universtiti al-Azhar di Mesir , beliau mendapat tawaran biasiswa melanjutkan sarjana muda nya di Universiti King Saud , Arab Saudi dalam jurusan Pendidikan Tafsir dan Hadis . Sheikh Abdul Rahman Abdul Azizi al-Sudais , Imam besar Masjid al-Haram ketika membuat kunjungan ke Kuala Lumpur , Sheikh Abdul Karim memperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran dihadapan as-Sudais .Tertarik dengan bacaan nya itu , as-Sudais memberikan anugerah kepada Sheikh Abdul Karim sebagai as-Sudais kedua di Malaysia .As-Sudais juga , pernah menawarkan Sheikh Abdul Karim menjadi imam di masjid al-Haram .
 sumber : http://abuqawliy18.blogspot.com/2011/11/syeikh-abdul-karim-omar-al-fatani-al.html

Wednesday 1 August 2012

BICARA CINTA

Perkara yang paling manis ialah ketika dua orang saling rindu namun tidak berkomunikasi tetapi kedua-duanya saling mendoakan didalam sujud masing-masing ... 

dipetik daripada
# Hazrizal Abdul Jamil
kolum Bicara Cinta Majalah -i 2012


Sungguh indah cinta seperti ini.
Mudah-mudahan Allah S.W.T memberkati cinta seperti ini.
Bahagia dunia dan akhirat...AMIN...