99 Asmaul Husna


Thursday 27 June 2013

Budaya Couple di Malaysia - TREND atau WAJIB??

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger sekalian (ada ke yang follow?? heheheh)
Kali saya ingin berkongsi sedikit tentang istilah bercinta atau perkataan dalam bahasa Inggeris yang lebih popular digunakan iaitu couple.Kita boleh lihat keadaan dan situasi dimana anak-anak muda terutamanya pelajar sekolah terlalu taksub dengan budaya couple.Mereka lebih banyak membuang masa dengan berdating,bergayut ditelefon,berjalan-jalan dan sebagainya.Sepatutnya aktiviti diawal usia muda lagi sepatutnya diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah contohnya bersukan ataupun mengisi masa dengan menghadari majlis-majlis ilmu yang lebih banyak beri manfaat kepada mereka.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya ini,mari kita bersama-sama membaca artikel daripada http://harianislam.com.




Oleh: Fazila

Meniti kehidupan remaja, saya mula mengenali perkataan ‘couple.’ Saya tidak terlibat tetapi di dalam hati menginginkannya apabila melihat teman-teman yang lain mempunyai pasangan. Ketika itu siapa yang mempunyai couple dianggap hebat (kerana ada peminat) dan matang (kerana telah meluaskan pergaulan bukan sekadar dengan rakan sejantina).
Saya bukan seorang yang sangat pemalu atau pendiam tetapi apabila berhadapan dengan lelaki dalam lingkungan umur saya terutama lelaki yang saya tertarik padanya, serta merta sifat malu saya sangat menebal. Lidah saya menjadi kelu, tingkah laku menjadi tidak menentu dan akhirnya keadaan menjadi sangat janggal dan mungkin itu menyebabkan lelaki-lelaki yang ingin mendekati akhirnya membatalkan niat. Mungkin mereka menganggap saya pelik.
Melangkah ke alam universiti, teman yang dulu sama-sama tidak pernah bercouple akhirnya bercouple juga. Saya ingat lagi kata-kata teman baik saya apabila saya bertanya, “seronok ke couple ni?”
Dia menjawab, “tak best pun, buat tambah dosa adalah.”
Pelik juga saya mendengar kerana di zaman sekolah dulu kami pernah sama-sama menyimpan angan-angan untuk bercouple. Apabila dia yang terlebih dahulu bercouple, saya menganggap yang dia sudah terlebih dahulu matang daripada saya.
Teman baik saya yang pernah menyatakan ‘tak best pun couple, buat tambah dosa aja’- kini dialah yang paling galak bercouple. Selepas putus dengan seorang dia menyambung hubungan dengan seorang lagi. Dia sendiri mengaku yang dia tidak boleh ‘single.’ Alasan diberi setiap kali saya menegur, dia perlukan seseorang yang sentiasa ada setiap masa untuk mendengar ceritanya sehari-hari, dia perlukan telefon yang sentiasa berbunyi 24 jam (sindrome ketika bercinta), dia perlukan teman yang setia menemaninya ke sana ke mari.
Jika itu semua tiada, hidupnya terasa kosong. Kadang kala kasihan pula saya melihat dia sibuk mengejar cinta lelaki-lelaki ini. Sudahlah masa terbuang, wang ringgit juga turut terkorban dengan aktiviti ‘dating.’ Itu belum lagi termasuk beberapa siri ‘heartbroken’ apabila beberapa kali dia dikecewakan cinta lelaki.
Bagi saya, Allah telah memberikan petunjuk kepada teman saya sejak awal lagi dengan mengurniakan rasa ‘bersalah apabila bercouple.’ Tetapi apabila dia tidak mengendahkan rasa itu, akhirnya rasa itu akan lenyap dan pada akhirnya dia menjadi seperti seorang penagih yang ketagih pada perhatian lelaki yang bergelar kekasih.
Kini, saya mula berfikir alangkah baiknya saya mempunyai sifat malu yang sangat tinggi pada jantina berlainan (sifat itu masih kekal hingga kini). Ketika orang lain bangga bercouple, saya bangga menyatakan saya tidak pernah bercouple, malah saya tiada kawan lelaki, hanya kenalan lelaki saja. Jika dulu saya rasa sifat malu ini adalah kelamahan saya, kini saya tahu itu adalah kekuatan saya. Syukur tidak terhingga saya panjatkan kerana Allah mengurniakan sifat malu sebagai perisai diri saya.
“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” – (HR Bukhari)
Kita sering mendengar di barat, mereka yang tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin dianggap kolot. Seks bagi mereka adalah sesuatu yang lumrah, suatu keperluan tidak kira sama ada di dalam lingkaran perkahwinan atau tidak.
Kita di Malaysia pula, sesiapa yang tidak pernah bercouple dikatakan kolot. Couple bagi kita adalah sesuatu yang lumrah, suatu keperluan untuk mengenali seseorang sebelum berkahwin. Bagi remaja yang belum terfikir pun untuk berkahwin, couple adalah untuk memenuhi naluri yang sentiasa ingin menyayangi dan disayangi oleh jantina berlainan tidak kira sama ada di dalam lingkaran perkahwinan atau tidak.
Dalam hati saya terdetik apakah kita satu langkah ke belakang saja sebelum menjadi seperti mereka di barat? Apabila couple tidak lagi dianggap satu kesalahan, mungkinkah suatu hari nanti seks sebelum berkahwin juga akan dianggap sesuatu yang lumrah bagi kita di sini?
Jangan menganggap sesuatu perkara itu betul hanya kerana orang di sekeliling kita melakukannya, kerana cerita di televisyen memaparkannya, kerana novel-novel cinta mengungkapkannya, kerana orang-orang yang kita sanjung melakukannya, kerana ibu bapa membenarkannya. KPI kita bukan manusia tetapi ALLAH swt. Kejar cinta Alllah dahulu sebelum kita mengejar cinta manusia. Isikan hati yang kosong dengan Allah, nescaya Allah tidak akan pernah mengecewakan kita berbanding dengan manusia yang serba lemah.
Semoga Allah terus memperteguhkan hati saya dan hati mereka-mereka yang tidak pernah bercopule untuk terus menjaga diri, menjaga hati sebelum sampai jodoh yang telah ditetapkanNya. Semoga mereka yang masih lagi leka dengan dunia couple mendapat hidayah untuk berhenti melakukan perkara yang kita rasakan dapat mengeratkan hubungan kita dengan kekasih hati kita (keluar berdua-dua setiap hari, berbual di telefon setiap malam, berjanji bulan dan bintang, makan bersuap, jalan berpegangan), tetapi tanpa kita sedar semakin menjauhkan diri kita denganNya sedangkan kasih Ilahi lah kasih yang paling utama.
Itulah serba sedikit kisah yang dihadapi oleh saudari kita Fazila yang dipetik daripada web HarianIslam.Com.Kisah ini boleh dijadikan inspirasi kita dalam menjaga hablumminannas (hubungan dengan manusia) dan paling penting Habluminnallah (hubungan dengan Allah S.W.T).Sekian
kredit -> Tengku Fariuddin 

Tuesday 25 June 2013

Cara Mengenali Orang Yang Berpegang Agama Syiah

Assalamualaikum,..
kali ini saya ingin bercerita mengenai Syiah sebab sekarang ini trend di facebook bercerita mengenai Syiah terutama di negara Syria yg diketuai PM mereka sendiri Bashar Assad.Golongan-golongan seperti ini harus diperbetulkan fahaman mereka tentang agama Islam.Bagi mengelakkan merebaknya fahaman Syiah ini,mari sama-sama kita memahami cara mengenali golongan ini.

Cara Mengenali Orang Yang Berpegang Agama Syiah oleh Belia Keamanan Malaysia

Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal orang yang berpegang dengan agama Syiah ini?
Jawapan:
Mula-mula sekali sebelum kita hendak mengenali orang yang menganut fahaman syiah ini, kita perlu mengenali apa itu syiah. Syiah di atas dunia mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada banyak kelompok tetapi majoritinya adalah tiga kelompok besar seperti berikut.

1 : KELOMPOK PERTAMA 
     SYIAH MUFADDHOLAH (puji kelebihan)
     iaitu yang cenderung memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi).

CIRI-CIRI :
  1. mereka akan banyak bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga Nabi; - Ali,Fathimah,Hasan,Husain dan lain-lain.
  2. mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi.
  3. mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Utsman sebagai khalifah,
  4. tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan tema atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal (harus menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih baik).
  5. bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun (menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua.

NAMA KUMPULAN :
 - mereka terkenal dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.

2 : KELOMPOK KEDUA
       SYIAH RAFIDHAH (puji kelebihan)

Kecenderungan kedua merupakan kelompok syiah majoriti di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah.

MAKNA :
Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak).

NAMA KUMPULAN/GELARAN :
  • Mereka digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah.
  • Mereka adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya
    (i)  Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12),
    (ii) Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik tertentu).

PEGANGAN :
Mereka tidak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti :
- Aisyah, Abu Bakar, Umar,Utsman,Abu Hurairah,Muawiyah ibn Abi Sufyan,keturunan Muawiyah
  keturunan Umar keseluruhannya.

AKIDAH :
  • Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang mereka laknati tidak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.

Ini bahaya dan tidak boleh dianggap remeh oleh RAKYAT MALAYSIA kerana mereka mempunyai agenda.

  • Akidah mereka berbeza dengan akidah Ahlus sunnah.
  • Kalau kita setakat berbeza fahaman parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini lain.
  • Mereka mengkafirkan sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita.
  • Idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka menulis Al Quran.
  • Apabila syiah mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang ada pada hari ini dianggap tidak boleh dipakai. Mereka hanya akan membaca Al Quran bila kiamat nanti yang dikatakan dibawa oleh Imam Mahdi.
  • Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura).
  • Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.

TUNTUTAN AGAMA :
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka.

KEPERCAYAAN :
  • Kepercayaan mereka berbeza dengan ahlus sunnah.
  • Imam Mahdi mereka tidak sama dengan Imam Mahdi ahlus sunnah.
  • Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir dan menunggu di dalam Gua Sardab.
  • Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan ada ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak kesemua hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.
  •  Mereka menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim.
  • Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga Nabi).

Jadi perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan syubhat dalam pemikiran kita.Ini adalah majoriti syiah yang sedang bertebaran di atas muka bumi pada hari ini.
  • Lihatlah sambutan Asyura yang setiap tahun mereka raikan, mereka melaknati Abu Bakar, Umar, dan sahabat Nabi yang lain.


CERITA SAKSI
(Ustaz Fathul Bari Mat Jahya) :

Baru-baru ini saya ke Oman bersama sahabat saya, kami memasuki sebuah masjid syiah. Di Oman ada 10-15% penganut agama syiah imam 12. Saya masuk ke dalam masjid mereka dan di situ ada batu-batu karbala iaitu tanah yang dimampatkan menjadi batu dan mereka sujud di atas tanah itu ketika solat kerana menganggap suci tanah tersebut.
Kemudian saya masuk ke dalam lagi dan pergi ke rak buku, saya mengambil satu buku kecil bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari Asyura). Saya membuka dan membacanya, di dalamnya terdapat doa-doa laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan kaedah membaca doa-doa tersebut. Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada hari asyura adalah dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan diri dan mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut adalah hari kematian Husain.

3 : KELOMPOK KETIGA
      SYIAH BATHINIYAH (simbolik dan tiada amalan)

Syiah yang ketiga, dan ini yang paling pelik. Syiah yang berkecenderungan kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan).

LOKASI :
Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di sebelah Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan.

PEGANGAN :
  •  Mereka menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya simbolik semata-mata.
  •  Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril tersalah menyampaikan wahyu kepada   Muhammad, sepatutnya wahyu disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.
  •  Akidah begini merupakan akidah yang membatalkan keislaman seseorang.

KUMPULAN :
Mereka datang dengan banyak nama, antaranya;syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di Syria – mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf Tuhan,
syiah Duruz,
syiah Isma’iliyah di Pakistan,
Aghakhaniyah di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).
Ini adalah tiga kecenderungan syiah, cuma yang majoritinya adalah kelompok yang kedua.

Cara Mengenali Orang Yang Berpegang Agama Syiah

Syiah boleh dikenali melalui modus operandi atau cara mereka menarik kita.
1. Langkah Pertama :

  • Mereka memulakan dengan memuji ahlul bait (ahli keluarga Nabi).
  • Mereka akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, dan lain-lain.
  • Mereka menyeru untuk fokus dan bercakap tentang ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu bercakap tentang yang lain, kerana Nabi sangat mencintai kaum keluarganya. Oleh itu menurut mereka, memadai mengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.
  • Mereka membawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum keluarga Nabi.
  •  Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang yang paling cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan) yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

Kita perlu sayang dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukan maksiat, kejahatan dan kesalahan, maka kesalahannya tidak boleh dibiarkan. Nabi SAW bersabda :

لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها

Maksudnya: “Kalau Fathimah bintu Muhammad mencuri aku akan potong tangannya.”
Sayang ada hadnya. Adapun syiah menyayangi ahlul bait dengan menganggap mereka bebas dosa, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka.

2. Langkah Kedua :

  • Mereka mempopularkan imam-imam mereka; Khomeini.
  • Antara slogan mereka, “Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah. Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.”
  • Mereka bertujuan membangkitkan semangat, “Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur. Sedang Amerika mencari Anwar Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang, menembak menggunakan satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa, mencari Saddam Hussein sampai jumpa, mencari Muammar Ghaddhafi sehingga dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi itu berbillion kekayaannya, membina tempat keselamatannya dengan kekayaannya tetapi Amerika boleh cari juga…”


  • Kenapa negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tidak berperang lagi sampai ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru terkena dekat Palestin, tidak sengaja kononnya. Mereka ada agenda mereka, inilah dia taqiyyah Syiah.
  • Sebab itu ulama apabila membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan, di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah syiah rafidhah Imam 12.

MEMUJI KHOMEINI

  • Syiah sering bercerita tentang imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku hebat dan pelbagai pujian lagi. Padahal Khomeini, dia menulis dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat Nabi SAW.

SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW YANG DIKAFIRKAN OLEH AJARAN SYIAH

  1. Abu Bakar RA adalah sahabat Nabi yang menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik oleh Nabi sebagai imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih dan Nabi sayang, yang mana ketika semua orang tidak percaya kepada Nabi SAW, beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi sehingga digelar sebagai As-Shiddiq.
  2. Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).
  3. Utsman RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.
  4. Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diguna pakai.
  5. Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan, maka hadis Abu Hurairah tidak boleh diterima.

Jadi apa tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita, begitulah cara mereka merosakkan Islam. Mereka mengambil kitab mereka dan memuliakan imam mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini, mengangkat negara Iran.

MENYEBARKAN SYIAH MELALUI PERKAHWINAN

  1.  Orang Iran cantik-cantik parasnya. Antara modus operandi mereka juga adalah melalui wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan.
  2. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tidak ada apa. Siapa tidak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung. Tetapi padahal mereka membawa ideologi syiah.
  3. Di sebelah Afrika mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik, Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan terpegun melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya, apabila dicukur semua rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.

Itu sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah mereka banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah, dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?

Hal ini bukan hal yang kecil, hal ini serius. Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau pergi duduk di Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini tidak boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.

SEKS BEBAS DI KALANGAN SYIAH NUSAIRIYAH (YANG DIAMALKAN DI SYRIA)

  • Zina dan seks bebas adalah dosa besar dalam ajaran Islam.
  • Seks bebas adalah zina yang dihalalkan dalam ajaran Nusairiyah. Seks bebas sebagai penyempurnaan iman bagi kaum wanita Nusairiyah.
  • Ia hanya dihalalkan kepada kaum lelaki mereka sahaja. Sama sekali tidak boleh dengan lelaki bukan dari kalangan mereka
  • Mereka jadikan wanita sebagai hadiah untuk meraikan tetamu. Mereka namakan hadiah tersebut sebagai ‘al fardhu al lazim’ atau ‘al haq al wajib’ ertinya fardhu yang mesti atau hak yang wajib kepada tetamu.
  • Penulis buku al Bakurah as Sulaimaniyah dia berbual dengan seorang mursyid syiah Nusairiyah :
    Suatu hari aku bermusafir ke kampung al Jarab di bandar Antokiah. Aku berjumpa dengan    seorang syeikh Nusairiyah dan berbual dengannya. Dia mengajak aku menjadi tetamunya dan bermalam di rumahnya.Dia sediakan kepada satu bilik cantik untuk tidur. Pada pukul 2pagi tiba-tiba pintu bilik aku diketuk seseorang. Aku pun buka pintu bilik ada seorang perempuan. Dia terus masuk bilik dan menutup pintu bilik. Kemudian perempuan itu pun tidur disisi ku. Aku dalam keadaan terpaku. Aku tak tahu apa yang perempuan mahu.Selepas beberapa ketika perempuan pun bercakap dengan ku. Dia tanya aku, kamu tak nak ke! ni adalah ‘al fardhu al lazim’ atau ‘al haq al wajib’.Ketika itu aku baru faham apa yang dikata oleh mursyid tentang ‘al fardhu lazim’ atau ‘al haq al wajib’ mereka menyerahkan wanita samada isteri atau anak perempuan kepada tetamu sebagai meraikan tetamu.Aku berfikir jika aku berkahwin dengan anak perempuan dari salah seorang imam. Jika ada syeikh yang datang menjadi tamu aku. Aku mesti kena serah isteri aku kepada syeikh sebagai ‘al haq al wajib’. Aku tak boleh terima dan aku tak akan buat begitu selama-lamanya.

Sla rujuk; al Harakah al Batiniyah oleh Dr Muhammad al Khatib.

KITAB & HADIS SYIAH

  •  Syiah memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita sendiri.
  • Syiah mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang mereka kafirkan.
  • Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal.

Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini.
Al-Quran kita : 6236 ayat
Al-Quran mereka : 17,000 ayat
bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.

SYIAH AGAMA POLITIK

  • Pada hari ini mereka turut datang dengan nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik tanah air.
  • Kita perlu ingat bahawa syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah (kenegaraan).
  • Setelah mendapat negara maka barulah sah rukun Islam wilayah mereka.
  • Maka sebab itu mereka seringkali memberontak dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam yang sah, kerana mereka ada agenda untuk menguasai negara.

Itu sedikit berkaitan syiah.
Wallahu-A’lam.
Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :

Di dalam Malaysia pun syiah sudah mula berani untuk menyebarkan ajaranya, yang terbaru PENDEDAHAN – PELANCARAN MARKAS SYIAH DI KLANG SELANGOR di sini

Panjangkan pendedahan mengenai Syiah ?? Huraian tersebut membuktikan bahawa ajaran Syiah adalah sesat.Oleh itu,kita harus mengelak daripada mengikuti ajaran Syiah yang dikatakan "benar" itu.Tingkatkan iman kita dengan selalu berdoa pada Allah semoga kita kekal dengan Islam yang sebenar.

kredit : http://harianislam.com/

Wednesday 5 June 2013

KHASIAT BERWUDUK SEBELUM TIDUR

Assalamualaikum,..
dah lama tak update blog nie..sibuk dengan twitter dan facebook...almaklumlah cuti semester panjang jadi peluang harus dimanfaatkan,..hehehehehe dalam sibuk twitter dan facebook,saya ada benda yang ingin dikongsi bersama mengenai wuduk,..jom baca bersama-sama :)

Rasulullah SAW bersabda: 

“Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci. "
                                              
                                                                                                                                       (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra)

Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.

Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.

Khasiat berwuduk sebelum tidur

1)   Menenangkan otot-otot sebelum berehat.
       Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air      wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti.Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang.Badan tidak akan terasa letih.

2)   Mencerahkan kulit wajah.
       Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit.         Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita                menjadi cerah dan bersih.

3) Didoakan malaikat.
   Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu  sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

Moga memberi manfaat bersama-sama...Mari amalkan :)


Diterjemahkan dari sumber islampos.com

oleh http://harianislam.com/2013/06/03/khasiat-berwuduk-sebelum-tidur/